Saturday 10 March 2012

Mencari Pelangi


"Teringin juga ingin disayangi tetapi pd siapa harus d curah rasa sayang??...Sesekali terasa pula ingin dimiliki namun diri ini milik siapa sebenarnya..."
Hidup ini memang tidak seindah yang diharapkan. Adakalanya aku seperti tertewas dengan perasaan, tewas dengan hati sendiri. Namun aku sedar, hidup ini harus diteruskan walau apa jua keadaannya. Hidup bukan semata-mata untuk merasa bahagia, tapi juga untuk menilai erti kepayahan dalam mencari redha Allah untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Apa yang aku lakukan selama ini hanyalah bersifat keduniaan semata-mata. Kalau difikirkan dan diingat kembali, betapa banyaknya dosa yang telah aku lakukan selama ini. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku. 

Aku terduduk apabila mendengar berita yang sungguh tidak kusangka. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku di kala ini. Ya Allah, kuatkanlah hatiku untuk menempuh segala ujianMu.Jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap ujianMu.Hanya airmata yang menjadi teman setiaku saat ini. Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Yang aku tahu, aku ingin menangis sepuas-puasnya. Kadangkala bisikan jahat berbisik di telingaku "kenapa ini semua terjadi kepadaku?"
Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
Aku rasa dugaan ini sangat berat buatku. Aku perlu kuat, perlu tabah. Aku harus teruskan hidup ini walau tanpa lelaki itu. “sesetengah perkara itu, sebenarnya sangat susah untuk dilupakan“
bukan mudah. namun bila itulah ketetapan Tuhan dan itulah kehendak dari aturan-NYA. maka belajarlah walau penuh kesusahan dan kepayahan. relakanlah walau diiringi air mata, dan lepaskanlah walau mencengkam jiwa dan perasaan." Itulah hakikat yang perlu aku terima dengan hati yang pasrah.


No comments:

Post a Comment